Kemudahan dan Fasiliti

Ababoo Homestay (SJ 28) terletak di Lorong Sepat Jaya 3, Kuantan merupakan sebuah rumah lot tepi dengan perkarangan luaran dan dalaman yang luas. Keseluruhan rumah mempunyai lantai berjubin dan tingkap yang besar, menjadikan dalaman rumah sentiasa terang dan nyaman. Ruang tamu rumah dilengkapi dengan Smart TV dan tempat duduk yang selesa. Semua bilik tidur dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas angin juga disediakan. Kami juga menyediakan air panas di bilik mandi utama dan kedua, seterika dan papan seterika untuk keselesaan tetamu. Keseluruhan rumah adalah sentiasa di dalam keadaan bersih dan selesa, sedia untuk didiami oleh tetamu yang dihormati.

Bilik

Empat bilik dengan penghawa dingin, terdiri daripada satu bilik tidur utama, bilik kedua dan ketiga dilengkapi dengan dua katil bujang setiap satu dan satu katil bujang di bilik keempat.

Parkir

Ruang yang cukup luas untuk parkir kenderaan, termasuk satu yang berbumbung di garaj rumah.

Pantai

Lokasi yang hampir dengan pantai, 3-4 minit berjalan kaki. Ruang mandi untuk membilas disediakan di bahagian depan rumah.

Ruang

Perkarangan rumah yang luas dan lebar sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan kanak-kanak.

Dapur

Dilengkapi dengan peti sejuk, cerek elektrik, periuk nasi, peralatan BBQ, perkakasan dapur, kopi/teh dan air mineral.

Internet

Kemudahan Internet melalui Wi-Fi ada disediakan, dengan kelajuan sehingga 100Mbps.

Tempat Menarik

Nama Tempat Jarak
Plan D Kedai Makan (Waktu Operasi: Petang/Malam) 100 m
Masjid Jamek Pantai Sepat Masjid 280 m
Maggi Telur Sotong Kedai Makan (Waktu Operasi: Petang/Malam) 1.1 km
Warung Rizqan Kedai Makan (Waktu Operasi: Malam) 1.2 km
My Maju Enterprise Kedai Runcit 5.6 km
Diva Laundry Dobi Layan Diri (Waktu Operasi: 24 jam) 4.9 km
7-Eleven Kedai Serbaneka/ATM (Waktu Operasi: Siang/Malam) 4.9 km

Review & Feedback

Kalau selesa bagitau kawan, kalau tak selesa bagitau kami :)

Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Package image
Ababoo Homestay (SJ 28) @ Pantai Sepat, Kuantan

Adakah anda
bersedia?

Tinggalkan kehidupan di bandar dan terokai dunia luar yang hebat di Ababoo Homestay, bandar Kuantan, Pahang

Tempah Sekarang